Jika 
    peta ini dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua 
    Siam dengan 
    rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang 
    Kedah tidak 
    menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini 
    kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, “Malays is 
    Malaysian”. Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas 
    “Siam tentulah Siamese”. Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia 
    tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua 
    Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal di dalam benuanya 
    seperti Jawa,Acheh, 
    Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu 
    kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali 
    sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu 
    pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam 
    di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari 
    ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks 
    tulisannya.Adat raja-raja di BENUA SIAM, di atas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya. Sila klik untuk besarkan.
    Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang 
    bergelar Sultan 
    Mudzaffar Syah I ke 
    no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda 
    ialah syiar islam) adalah di atas perintah Maharaja 
    Cina Sai Tee Sung yang telah diislamkan oleh Saad 
    bin Waqas dalam 
    tahun 650 
    masihi. Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah 
    sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari 
    di sana. Adakah orang siam ini kuat Islammya dan turut 
    menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka 
    yang dikatakan warak? Sebagai contoh di dalam UUK, keturunan 
    Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran 
    Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang 
    tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat 
    “..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke 
    masjid, kekang lehernya”,ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain 
    yang terdapat dalam UUK. 
Illustrasi Sheikh 
    Huang Tee yang 
    dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah 
    Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak 
    berjambang, nak bermisai pun payah.
    Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak 
    terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan 
    syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi 
    mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang 
    bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee 
    (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja 
    Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin 
    Waqas dalam tahun 650m, Sai 
    Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk 
    menyebarkan syiar islam ke nusantara. Cucu baginda Merong 
    Mahawangsa iaitu Khalifah 
    Sayyidina Ali ketika 
    menjadiRaja di Acheh telah 
    bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun812 
    masihi/222hijrah.
Muka surat terakhir UUK. Sila klik untuk besarkan.
HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam Islam. Sila klik untuk besarkan.
    Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa 
    bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah 
    di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam 
    Islam bermula dalam tahun 1767melalui 
    Raja Thai Buddha, Rama 
    I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa 
    menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu 
    kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak 
    menyerang Patani, 
    Kedah sekitar 
    tahun 1800an dahulu. 
    BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH 
    NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka 
    memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula 
    ditemui semula di Lembah 
    Bujang.
    Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih 
    dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak 
    bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan 
    kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah 
    Syarif Abu bakar Syah di 
    istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 namun 
    gagal membunuh anakandanya Sultan 
    MudZaffar Syah III kerana 
    baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di 
    berikan oleh Syed Alang 
    Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif 
    Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II 
    yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke Melaka 
    dengan bantuan Inggeris.
    Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak 
    Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini 
    orang-orang Siam di Kedah masih menyebut kafir dengan sebutan 
    tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada 
    Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat 
    mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi 
    jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, 
    mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam. 
    Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan 
    Islam.
    “Satu hal yang agak anih ialah di antara penduduknya terdapat 
    ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu 
    lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang 
    masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya.”
http://business.fortunecity.com/rocke/24/thai5.html
http://business.fortunecity.com/rocke/24/thai5.html
    Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris 
    yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar 
    Islam Benua Siam Kedah dan 
    empayar Islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris 
    mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka 
    (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan di sini bahawa 
    Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah 
    engkar kepada Yang 
    Di Pertuan Kedah (hari 
    ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan 
    harta.
    Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah 
    Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan 
    Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung 
    Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan 
    mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLAND dan 
    satu lagi dinamakan TANAH 
    Melayu.

Peta semenanjung di zaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaan Yang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).
No comments:
Post a Comment