Tuesday, November 1, 2011

SEJARAH PERJUANGAN PATTANI


Sejarah perjuangan Patani Pergerakan menuntut pembebasan di kalangan orang Melayu Islam di Patani bertambah di tengah-tengah tentangan terhadap dasar kerajaan siam mahu mengasimilasikan mereka dalam budaya Buddha/Siam. Gerakan penentangan itu mulanya dipimpin oleh golongan istana. Ia kemudian beralih kepada golongan pemimpin agama yang menjadi tulang belakang politik pemisahan di Patani dalam tahun-tahun 1970-an. Sejarahnya dapat disusur kembali kepada sekitar 200 tahun lalu sejak kerajaan Siam menjajah kerajaan Patani, yang kini terdiri daripada empat wilayah di selatan Thailand. Kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam di selatan Thailand dapat dibahagikan kepada empat zaman. 1: PERLUASAN KUASA KERAJAAN SIAM (1785-1867) Pada tahun 1785: Di bawah pemerintahan Rama I, Siam menakluki Patani. Kedah ditawan semula, Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah pinggiran (tributary states). Pada tahun 1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Rahman dan Rangae. Pada tahun 1832: Rahman (dekat sempadan Thailand-Perak), mengisytiharkan menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi dipatahkan. Pada tahun 1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Rahman dan Rangae bekerjasama dengan pemberontak Kedah. Pada tahun 1839: Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kubangpasu, Perlis dan Satun. Pemecahan Pattani dan Kedah melemahkan kedua-dua negeri itu. 2:

No comments:

Post a Comment