Thailand dibahagikan kepada 77 Wilayah (Changwat) termasuk
Wilayah yang paling bungsu ialah Wilayah Buengkan, yang telah diresmikan
pada 3 Ogos 2010. Thailand dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Utara,
Timur Laut, Timur, Tengah, dan Selatan. Ada pun Selatan Thai dibahagikan
kepada 14 Wilayah dan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Selatan
bahagian atas dan Selatan bahagian bawah. Mulai dari Wilayah Chumpon
hingga Wilayah Narathiwat (nama asal dalam Bahasa Melayu adalah Menara
Tewas).
Bahasa Melayu dibicarakan di 5 Wilayah pembatasan Selatan Thai, seperti Wilayah Pattani, Narathiwat, Yala, Songkhla, dan Setul. Selain itu juga Bahasa Melayu masih dibicarakan oleh masyarakat Selatan bahagian atas seperti di Wilayah Terang, Pattalung, Krabi, Phuket, Nakonsritammarach, dan Suradthanee. Di Wilayah tersebut kadang hanya satu daerah atau satu kampung sahaja yang dapat berkomunikasi dengan Bahasa Melayu. Ada pun Bahasa Melayu di Thailand ini terbagi pada 2 dialek, sebahagian lebih cenderung ke dialek Kelantan dan sebahagian yang lain lebih ke dialek Kedah (Malaysia). Selain dari Selatan Thai juga masih terdapat daerah yang berbahasa Melayu seperti di Wilayah Pathumtani (dekat dengan Kota Bangkok) dimana di daerah tersebut kadang orang-orang yang lansia (lanjut usia) juga tidak dapat berbicara dalam Bahasa Thai. Mereka senantiasa menggunakan Bahasa Melayu dalam berkomunikasi harian. Dengan informasi ini dapat kita memahami bahawa di Thailand bukan hanya 5 Wilayah yang dapat berbicara dalam Bahasa Melayu, bahkan masih banyak daerah lagi yang penduduknya masih menggunakan Bahasa Ibunda Melayu dalam komunikasi harian.
Persoalan kita, apakah Bahasa Melayu di Thailand secara umum dan di Selatan Thai secara khusus itu mempunyai kedudukan yang sama dan setara dengan Bahasa Melayu yang berada di Malaysia, Brunei, Indonesia, atau Singapura? Jawabpannya jelas berbeza kerana di Thailand ini Bahasa Melayu baru sahaja diakui bahkan kadang masih dipermainkan dan selalu dikaitkan dengan kasus kriminal yang berlaku di Selatan Thai. Sebahagian masyarakat dianggap Bahasa Melayu sebagai “Bahasa Penjahat Kriminal” selaras dengan panggilan yang dipanggil untuk orang Melayu dengan “Melayu Tetamu”.
Kalau kita simak kembali sejarah Patani atau sejarah orang Melayu di Selatan Thai ini, kita lah selaku penduduk pribumi dan mereka para kafir Siam sebagai pendatang baru, namun sayangnya sejarah sebenar Melayu Patani masih kelabu. Dari buku Sejarah Patani sendiri mempunyai 2 versi iaitu ala Barat dan Melaysia dan ala Thailand, dimana kadang dari 2 sumber ini mempunyai sejarah yang berbeza sehingga membuat jenerasi kini dan mendatang mempunyai informasi yang keliru. Suatu hari kita berharap “Kenyataan dan kebenaran selalu dibongkar tabirnya”.
Berpijak dari kedudukan Bahasa Melayu di Thailand itu tidak sama dengan negara Melayu yang lain, dimana negara tersebut menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa resmi negara. Tetapi di Thailand khususnya di Selatan Thai, Bahasa Ibunda Melayu dianaktirikan walaupun kalau lihat jumlah penduduk yang beragama Islam dan beretnik Melayu sekitar 95 peratus. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memperkekalkan bahasa ibunda tadi. Itu adalah amanah kita orang Melayu semua, tidak hanya Melayu Patani di Selatan Thai sahaja bahkan menyeluruh Nusantara ini. Untuk memperkuat Bahasa ini, kita perlu mengadakan badan yang bertanggungjawab. Jika ada sesuatu dalam hal Bahasa, kita juga jelas siapa yang menangani hal tersebut.
“Universiti Islam Yala” sebagai salah satu badan untuk menyambung hayat Bahasa Melayu di Thailand. Berhubung dengan hal tersebut, pada tarikh 25 September 2010 yang lalu. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Islam Yala (Thailand) mengadakan Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu 2015. Di mana tema yang dipakai adalah “Masa Depan Bahasa Melayu di Selatan Thai”. Seminar dilangsungkan sejak jam 08.00 pagi – 03.30 petang (waktu Thailand) di Ruang Dewan Wan Muhammad Nor Matha. Acara di waktu pagi dibentang makalah yang disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz Mahmood, selaku ketua PUSPA Kelantan Malaysia dan seorang lagi Tuan Abdul Razak Panaemalae, pensyarah di Universiti Walailuk, Nakonsritammarach. Di sebelah petang ada pantas forum oleh Tuan Mazlan mahama, selaku penolong rector Universiti islam Yala bahagian Akademik, dan Penolong Prof. Dr. Ahmad Omar Japakia, penolong rektor Universiti Islam Yala bahagian perhubungan luar negara.
Ada pun peserta dalam seminar kali ini terdiri dari para Pensyarah, Guru, Mahasiswa dari Universiti Islam Yala, Universiti Rajabhat Yala, Universiti Songkhla Nakharin Pattani, dan Universiti Narathiwat Rajanakharin. Selain itu juga terdapat siswa dari berbagai sekolah, wakil dari badan yang terkait dengan Bahasa Melayu. Suasana dalam seminar kali ini berjalan dengan lancer. Partisipasi peserta cukup baik, setiap orang bersemangat demi meningkatkan taraf Bahasa Melayu di Selatan Thai ini. Namun kedudukan Bahasa Melayu di Selatan Thai tidak sama seperti di Malaysia atau Brunei. Di Thailand belum ada badan atau dewan yang bertanggungjawab langsung di segi bahasa. Kalau Malaysia mempunyai Dewan Bahasa dan Pustaka sudi bertanggungjawab dalam memperbetulkan Bahasa yang keliru. Entah di Thailand, siapa yang sanggup pikul beban yang berat ini. Buat sementara mungkin Universiti Islam Yala harus tindak sebagai badan untuk meningkatkan kebenaran Bahasa Melayu di negara ini.
Titik kekurangan kita sampai saat ini, di Thailand Umumnya dan di Selatan Thai khususnya belum mempunyai mass media baik dalam bentuk surat khabar dan majalah dalam Bahasa Melayu. Sedangkan buku ilmiah juga masih terbilang cukup sedikit. Melalui Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu 2015 ini. Universiti Islam Yala mempunyai polisi baru supaya pada 1 hari bulan Muharam 1432 H. nanti, Universiti Islam Yala akan mengeluarkan Majalah Bahasa Melayu dengan menggunakan nama “Majalah Serong” dimana nama Serong ini adalah nama daerah atau kampong yang letaknya Universiti Islam Yala. Dengan melahirkan “Majalah Serong” nanti diharapkan dapat menggerak roda bahasa yang lebih unggul, bahkan sebagai Majalah Bahasa Melayu yang pertama di Thailand. Masyarakat dapat menikmati kebenaran di segi Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan kualiti menuju mass media elektronik lainnya. Di Selatan Thai sudah punya radio dan TV daerah, namun Bahasa yang digunakan itu masih jauh dari standart baik di segi struktur kata mahupun kalimat yang dipakai.
Berhubung dengan kekurangan tersebut, kami yakin bahawa itu adalah tugas dan amanah kita bersama dalam memperbenarkan Bahasa Melayu yang sejati. Harapan kami lebih dalam tuju kepada badan yang bersangkutan khususnya di bidang bahasa, mungkin kalau ada sambut baik atau bantuan dari “Dewan Bahasa dan Pustaka” dari Malaysia sudi untuk memberi saham dan saran masukan yang baik. Semoga Bahasa Melayu di Selatan Thai ini juga mempunyai standart yang sama seperti Malaysia, Brunai, dan negara Melayu lainnya. Bahasa Melayu di Selatan Thai tidak hanya difahami oleh 5 Wilayah Thai sahaja bahkan seluruh Nusantara ini.

No comments:
Post a Comment